cabaran BF..ohh tidak...saya silap rupanya!!

Mood arini tidak stabil...sebabnya dah dua hari susu badan semakin berkurang...
sedih sangat...nak kata tension,tak laa...
tapi dua hari lepas selepas balik bercuti dari Gold Cost Morib,
kembali bekerja semula.....susu badan saya masih banyak...(setelah dikaji,sebabnya rupanya masa bercuti memang saya kerap breastfeed Husna)maka penghasilan susu memang rancak....
bermula semalam tiba-tiba ianya merudum...
mula laa cari petua lagi untuk merangsang penghasilan susu...
apalagi guna la en "google'...
rupanya banyak kesilapan yang telah saya lakukan...baru saya tahu FIL rupanya punca utama...
antara kesilapan yang telah saya lakukan;

1) paling utama saya membiarkan breast saya sehingga membengkak barulah saya membuat pengepaman..alasannya...dapat hasil susu yang banyak...noo...totally i'm wrong...
-sebabnya rupanya apabila kita membiarkan breast sehingga membengkak, rupanya kita menggalakkan penghasilan hormon FIL (hormon yang menghalang penghasilan prolaktin untuk susu badan)

Saya kongsikan juga artikel dari Akhbar Kosmo berkaitan hormon FIL;
Badan kita ini unik kerana dalam proses penyusuan sebenarnya faktor dan konsep ‘permintaan dan penawaran’ adalah amat penting “.”Semasa proses penyusuan, hormon-hormon seperti prolaktin dan oksitosin akan terlibat. Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu dan oksitosin pula merupakan hormon yang merembeskan keluar susu ibu. Namun begitu, terdapat satu lagi faktor yang berkait rapat dengan konsep permintaan dan penawaran tadi. Hormon yang dimaksudkan ialah Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payu dara ibu,FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. 
 Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tidak kiralah sama ada kekurangan rangsangan itu daripada kurangnya hisapan oleh bayi atau pun kurangnya aktiviti mengepam keluar susu sewaktu bayi tidak bersama ibu.
 Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.”Ia akan menjadi sebaliknya pula jika payu dara sering dikosongkan. Peratusan FIL dalam payu dara akan menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu perlu dihasilkan oleh ibu.
2) Disebabkan stok susu yang semakin merudum,apabila balik kerja dan bersama dengan Husna...saya sanggup memberikan direct bf dengan sebelah breast sahaja dengan alasan untuk menghasilkan susu yang banyak untuk breast yang sebelah lagi utuk saya buat stok ebm...itu pun silap...jadi setelah mendapat info dari blog-blog mummy yang bf,lagi bagus sebenarnya selepas menyusukan baby kita terus pam susu...kalau baby hanya bf sebelah,kita pam yang sebelah lagi...

3) Masalah pam susu saya yang semakin lemah kadar hisapan nya juga mendatangkan tekanan pada saya...sehingga saya mengambil keputusan stop penggunaan pam elektrik tersebut dan menggunakan pam manual...maklumlah dah 3 tahun guna tak pernah hantar servis....

4) Dan kesilapan saya paling besar adalah melengah-lengahkan masa untuk membuat pegepaman sehingga menyebabkan penghasilan susu semakin berkurang..kena ingat prinsip ni..."more demand,more supply..."...awal-awal masuk kerja dulu setiap 4 jam sekali pam...tapi sekarang masuk 5-6 jam baru saya pam...Ya Allah apa nak jadi ni...
kesian baby Husna...harini mampu bekalkan 2 botol stok ebm je pd babysitter...
dan terpaksa bekalkan susu formula...tak tahu la dia nak ke tak...dah lama tak cuba bagi susu formula tu pada dia...maafkan mama sayang...

5) dan sebab yang lain..sejak dua menjak ni..Husna asyik bermain gusinya sewaktu sedang menyusu..Ya Allah sakit juga la walaupun cuba bertahan...memang dia banyak berbuat begitu daripada menyusu...kadang-kadang terpaksa marah dia tapi yang kelakarnya dia ketawa plak...hehehe..adik...adik....

so...diharapkan masih ada kesempatan saya membetulkan kesilapan ini untuk terus BF baby Husna...

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!