Laksa sarawak yang ku idamkan

Alhamdulillah.. Akhirnya hari ni dapat lunch laksa sarawak...
 Keinginan saya ini tercapai dek kerana kawan lama saya a.k.a ex housemate masa bujang dulu dah jadi officemate saya sekarang...
Dia pula orang sarawak... So senang la kan.. Hari tu masa dia balik mengundi saya ada pesan pada dia supaya balik sini bawalah perencah laksa tu nak suruh dia masak... Sebab pernah rasa masa duduk serumah dengan dia dulu..sedap dan kali kedua makan dekat secret recipe.. Tu pun dah bertahun-tahun lamanya... Adalah dalam 7 tahun kot dah tak makan.. Sebabnya bila cari balik kat secret recipe dah tak jual.. Sedih kan...
 Tapi kali ni dia belikan pes untuk saya masak sendiri memandangkan dia tak berkesempatan untuk masakan dek kerana sibuk membuat persiapan untuk menunggu hari bahagianya yang lebih kurang seminggu lagi..
 Memang sedap uolls...
Cara masak pun simple jer....

Bahan-bahannya:

 1.Pes Laksa Sarawak
 2.Santan
 3.Taugeh (dicelur dengan air suam)
 4.Udang dan Ayam yang direbus terlebih dahulu (Ayam tu kalau direbus dengan tulang sekali lagi         sedap) keudian isi ayam tersebut hendaklah diracik-racik
 5.Daun ketumbar
 6.Limau Kasturi
 8.Telur Dadar yang dihiris nipis-nipis
 9.Bihun

Cara-cara Memasaknya.

1. Rebus tulang ayam dan isi. kemudian keluarkan isi ayam...sejukkan dan kemudian diracik-racik...
2. Masukkan pes laksa dan biarkan sehingga mendidih dan berbau wangi..
3. Masukkan santan kelapa (sebiji kelapa) dan masak dalam lebih kurang 15-20 minit dengan api yang sederhana.
4. Siap dimasak kuahnya, bolehlah dihidangkan dengan bihun serta bahan-bahan sayurannya.
Selamat Mencuba......




 

Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!