Tom Yam Tanpa Pes

Sebenarnya dah lama saya belajar resepi ni dari seorang kawan yang berasal dari Terengganu..
sebabnya gara-gara saya suka makan di kedai Makan Kelantan yang mana mereka memasak tom yam tanpa menggunakan pes..
So memang sedap sangat, sebab saya ni memang hantu sup dan tom yam..
So Jom kita Masak Tom Yam..

Bahan-bahannya:

Ayam/ Sotong/Udang atau kesemuanya
5-10 batang Serai
Tomato dalam 3- 5 biji (dipotong dua)
Bawang Besar (dihiris bulat)
5 - 7 biji Lada Cili
3 biji Limau Nipis
Daun limau purut
Sayur lobak
Jagung Kecil
Kubis Bunga

Cara-cara Measaknya :

1. Didihkan air dalam periuk, masukkan juga serai..tunggu sehingga air mendidih dan bau serai naik
2. Masukkan tomato yang telah dipotong, tunggu sehingga tomato terebut pecah dan air tadi bertukar kemerahan.
3. Masukkan ayam/udang/sotong..dan tunggu sehingga masak.
4. Masukkan perahan air limau nipis
5. Masukkan sayur-sayuran, kemudian masukkan pula hirisan bawang dan lada cili yang diketuk.
6. masukkan garam secukup rasa dan daun limau purut.

sekian, dah boleh makan...




Comments

Popular posts from this blog

apa itu GDM on DC

Pasang Meter TNB??

Saya bukan kaki bodek..! And I hate kaki bodek!